PenaSafaSafwan
Menterjemah isi minda dan jiwa sebagai meditasi bukan sekadar ekspresi
Thursday 26 November 2020
Liyana Musfirah | The Spiritual Strenght In Our Scars
Seni Berfikir Yang Hilang
NABI ADAM A S, Keampunan Allah Ada Untuk Kita yang Mencari
Selamat Tinggal Purnama (Strain II)
Selamat Tinggal Purnama (strain I) oleh Teme Abdullah
Refleksi peribadi dari pembacaan #STP (strain 1) oleh Teme Abdullah.
i) Modenisasi X Imaginasi X Realiti
– socmed bread, jalur leher, wang kripto (kredit), berita palsu, isu pertukaran jantina, pemandu mabuk, sijil belajar palsu, norma baharu, pengkastaan status sosial, perang persepsi, ketelusan media/wartawan, obsesi pada populariti, pesalah laku akan di hukum live berdasarkan persepsi mata-mata yang melihat; semua ini di adun sebati tanpa perlu di perincikan ayat dengan contoh² tertentu. Mind blowing bila semua isu ini muncul semula di media massa saat buku ini sudah siap dicetak dan dibaca🤯
ii) Terlalu baik hingga di pergunakan. Terlalu jahat hingga tak tinggal walau secebis nilai kemanusiaan– watak Omar dan Mawar memang wujud, dan sungguh realitinya sangat ramai di luar sana seperti mereka. Tapi ramai juga yang seperti Latif Purnama, menjaga 'aib seorang sahabat sehingga di pijak-pijak, di henyak dan di perbodohkan sewenang-wenangnya.
iii) Bakat; antara memberi manfaat atau di hakciptakan seperti robot dan alat– Populariti membahagiakan kerana ia adalah nilai sebuah penghargaan. Tetapi populariti membunuh mental dan emosi kerana setiap penghargaan yang di terima adalah hutang virtual yang tak akan pernah selesai untuk dilangsaikan.
#safaread ( instagram.com/safar3ad )
#malaysiamembaca
Beli buku ini di: https://www.imanshoppe.com/
Tuesday 20 November 2018
GROW from the test
Fahamilah bahawasanya setiap ujian itu adalah jawapan kepada setiap patah doa yang telah kita titipkan pada Tuhan.
Tuhan mahu kita belajar sesuatu.
Tuhan mahu kita lakukan penambahbaikan pada sudut yang berbeza-beza.
Tuhan ingatkan selalu, DIA akan berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
"When you face the test, Allah actually send you the sign that--'its time for me to GROW'."
Berkembanglah umpama sekuntum bunga yang cekal meranting di pepohon--biar diuji dengan tiupan angin, ribut dan mentari yang terik, si bunga dapat menghasilkan ribuan debunga (dandelions) yang mana gugurnya ia ke bumi berterbangan ke sana sini, tetapi memberi manfaat tanpa henti.
Saturday 1 September 2018
Monolog bising
bila minda kerap bising,
Ku hanya mahu ditemani monolog akal fikiran bersulam kopi hangat secawan .
Atau kadang-kadang,hanya membawa badan ke dapur; leka menyusun atur segala kuali, mangkuk dan pinggan
.
Melihat keletah anak-anak berkejaran, bertelingkahan, berjeritan--sambil kepala bergelengan, hati aku sebenarnya akur membiarkan
.
Setiap bising yang menghimpit fikiran lenyap seketika
.
Setiap sakit letih mengurus rumahtangga ku damaikan dengan sifat tidak terlalu mengambil endah taraf sempurnanya
.
Baju tak berlipat berbakul-bakul, buku bersepah tidak teratur, gumpalan kertas yang di guna anak-anak terkumpul merata;disepah bersampul-sampul
.
Ku pejamkan mata. Terus setia menghirup sisa kopi yang ada. Sebatang pena yang ku jumpa dari tepi sofa ku angkat; laju jemari meluncur mencatat nota untuk jiwa
.
Kerana,
.
Bertindak balas dengan suara akan lebih menghingarkan, lebih membingitkan
.
Bertindak balas dengan lirikan mata, menarikan jemari pada mata pena--lebih mendamaikan
.
Bukan mudah menukilkan rasa hati yang berkecamuk .
Selepas apa khabar iman ku pada Tuhan; yang kedua aku pena-kan ialah apa khabar dengan amanah zuriat yang Tuhan telah kurniakan
.
Terkadang melebih-lebih masa berusaha mencari rezeki di atas skrin kaca; rajuk anak aku hanya gagah kentalkan .
Terkadang terlepas hirau pada perbicaraan empat anak mata kecil yang memandang; bergelutan menyiapkan tempahan untuk tabungan persekolahan mereka di masa hadapan
.
Pasti, aku memerlukan lebih dari secawan kopi lagi untuk terus meluah rasa dan beraksara
.
Kebisingan emosi tidak boleh dibiarkan bermaharajalela melilit jiwa
.
Moga pena ku terus laju mengisi setiap ruang minda dengan rasa yang lebih lega
-
2-3 minggu ni diuji level SABAR dengan kereta tersayang kami yang kerap kurang sihat. Mahu bermanja lebih sikit barangkali, sebab dah satu...
-
Resensi dari pembacaan #STP (Strain II): i) Melunaskan tanggungjawab; halal & haram adalah jelas di sisi agama. – Atas dasar rasa tangg...
-
Buku: Nabi Adam 'alaihissalam, Keampunan Allah Ada Untuk Kita Yang Mencari. Penulis: Azlan Shah Nabees Khan Penerbit: Iman Publication...